Salam Alaik...

Any thought, idea, opinion and story in this blog is related to the owner's point of views. Copying and editing the source of content is prohibited if it is intended to harm people(including me). Despite, if it does bring manfaat, you're freely to do so. As you wish!!Hopefully, we may cherish one another more often. Jazakaallah Khair.

Sunday, May 13, 2012

Siapa Mereka?




Gelap. Pikat-Likat. Hitam. Kelabu...


Dunia Orang Tanpa 'Teman'. Dunia orang tanpa Sosial. Kedengaran Sedih Bukan?


Hakikatnya dalam kesibukan penghuni kota memburu emas kehidupan, mengogoi sisa-sisa insani, memperjudi dosa dan pahala, menjulang Neraka, mengalih Syurga, masih wujud segolongan insan yang sentiasa menadah tangan mensyukuri tiap harta, rezeki. Jika tiada-mensyukuri ni'mat. Jika tiada- mensyukuri tiap-tiap helaan nafas di kerongkong. Tiap kudrat jua. 


Siapa Mereka? Ternyata Mereka lagi terpuji daripada ku, daripada mu dan daripada kita semua. Siapa Mereka yang memandang kemewahan laksana hidangan Neraka dan memandang kegetiran laksana kenderaan Syurga. Siapa Mereka?

Persoalannya mampukah kita seperti Mereka? Mampukah kita menepis segala tipuan dunia ini. 

Aku. Aku juga bukan seperti mereka. Lalai setiap masa. Aku akui diri kadang-kadang ibarat Dr Jekyll and Mr Hyde. Aku juga ada sisi gelap ku. Ternyata aku manusia hina. 




No comments:

Post a Comment