Salam Alaik...

Any thought, idea, opinion and story in this blog is related to the owner's point of views. Copying and editing the source of content is prohibited if it is intended to harm people(including me). Despite, if it does bring manfaat, you're freely to do so. As you wish!!Hopefully, we may cherish one another more often. Jazakaallah Khair.

Monday, May 21, 2012

Seperti Syurga-Mu




Pop Shuvit ft Man Bai-Seperti SyurgaMu (lirik)






Assalamualaikum wbt.

Terjumpa lagu ni dekat YouTube masa dok sibuk godek-godek lagu-lagu Man Bai. Actually awalnya nak dengar and download lagu Harapan Ramadhan - Raihan ft. Man Bai. Kan dah masuk bulan Rejab ni, nak dekat Ramadhan dah. Nak mencari mood Ramadhan lebih kurang mcm tu.



Moga-moga aku dapat berjumpa dengan Ramadhan akan datang ni. InsyaAllah. Amin.



Tapi tak taulah kenapa aku rasa suara Man Bai ni menusuk betul. And his very famous song- Kau Ilhamku antara lagu favourite aku jugak. Aku tengok kat YouTube ramai buat cover lagu tu. Dan lagu tu pun diminati oleh bangsa lain selain Melayu. Jarang nak jumpa Mat Salleh ke Kaum Cina nak nyanyi lagu Melayu kan? 

Suara dia yang menusuk kalbu tu kalau nyanyi lagu-lagu dakwah contoh lagu Harapan Ramadhan buat rasa insaf. Susah lah nak explain perasaan dalam hati tu. Lagi-lagi kalau suara macam itu baca al-Quran. SubhanaAllah. Contoh penyanyi lain- Sami Yusuf. SubhanaAllah, kuasa Allah buat suara manusia sampai macam tu sekali kan. Itu baru manusia-- ciptaan Dia, belum ZatNya lagi. SubhanaAllah.

Ini pulak video Imam Muda Muhammad Taha al-Junaid. SubhanaAllah suaranya aje meremangkan bulu roma aku. Mudah-mudahan diberi karamah Allah melalui suaranya untuk mendekatkan orang lain dengan Islam. Bukan hanya untuk orang bukan Islam malahan untuk umat Islam agar diberi hidayah. Amin.






Assalamualaikum wbt. Jzkk = )




No comments:

Post a Comment