Salam Alaik...

Any thought, idea, opinion and story in this blog is related to the owner's point of views. Copying and editing the source of content is prohibited if it is intended to harm people(including me). Despite, if it does bring manfaat, you're freely to do so. As you wish!!Hopefully, we may cherish one another more often. Jazakaallah Khair.

Thursday, April 5, 2012

Track of Life



Assalamualaikum wbt






Dalam menghadapi perjalanan kehidupan, tak kira lah dalam keadaan apa sekalipun situasti tersebut, pasti tak semena-mena ada insan lain yang tiba-tiba mengekor kita dari belakang sebelum berjalan bersama-sama. Perjalanan kehidupan bersama dia walaupun mungkin sekejap tapi meninggalkan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan kita. Perkenalan dengannya, berkongsi sesuatu dengannya atau mungkin dengan hanya mendengar cerita kehidupannya sahaja telah membuatkan hidup kita bernyawa, dan menghidupkan kembali semangat-semangat yang selama ini lesu. Tentu bertuah kalau kita mempunyai seseorang seperti itu namun akan jadi sedih apabila kita langsung tak perasan kehadiran dia. Emm, mungkin atas sebab-sebab tertentu kita menutup mata saja kehadiran dia.




 Hidup ini ibarat track tempat berlumba-lari. Mula-mula kita berdiri di posisi permulaan. Sebaris bersama-sama manusia lain dan setelah isyarat perlumbaan berbunyi, perlarian dan perlumbaan kehidupan kita pun bermula. Kemudian semuanya berdiri di atas kaki sendiri, yang membuatkan kadang-kadang kita ke belakang meninggalkan insan-insan lain  atau ke hadapan ditinggalkan mereka-mereka yang lain. Ada ketika kita melaluinya bersama-sama orang-orang yang disayangi tapi akan tiba satu masa kita keseorangan. Ada juga suatu masa kita bersama-sama orang asing dikiri dan kanan kita atau mungkin juga apabila kita kehausan berlari, kita berhenti di kawasan yang asing. Mungkin orang-orangnya disitu warna kulitnya berbeza, atau rambutnya atau mungkin juga warna rambut, kulitnya sama tapi pemikirannya berbeza. WA. Nah mungkin di sini akan hadir seseorang yang bicaranya menenggelamkan ego kita dan mengajar kita erti hidup ini. Membangunkan kita dari mimpi atau lena yang panjang. Yeah mungkin juga. Orang ini boleh jadi lebih daripada seorang bergantung pada satu-satu masa. Boleh jadi orang tua, lelaki, perempuan atau budak-budak. Mungkin orang tu dekat je dengan kita, tapi tak perasan-perasan pun. Mungkin orang tu kita menyampah tapi rupanya sikap dia yang annoying tu yang mengajar kita. Hmmm




Kalau orangnya berlainan jantina, mungkin kita akan mudah tertipu dengan hawa nafsu kita sendiri. Nak-nak kalau orangnya sebaya atau linkungan umur dengan kita, nak-nak kalau kita jumpa orang tu masa umur kita remaja yang mentah mcm ni. Kita mungkin terlampau nak perasaan tu bertukar jadi sayang yang sangat2, bermadu-kasih lah apa tapi tup-tup bila bergaduh berpisah hilang terus perhubungan tu. Sayangnya kalau tinggalkan orang yang kita serasi tu macam tu je. Ingat senang ke nak dapat? Mesti suatu hari nanti akan menyesal tak sudah. Orang kata kalau tak berani nak tanggung, jangan pandai-pandai nak usik hati orang. Lebih-lebih lagi perempuan yang terkenal dengan perasaannya yang halusss itu. Jangan bagi harapan kalau hati tak sudi. Hehehe. 



"Well said, I am careful woman, I seek long term profits from relationships." (anonymous)




Bagi saya, itu impian saya. Tapi orang kata kalau tak berkenalan dengan orang macam mana nak jumpa. Emm betul juga. Mungkin sekarang tak sesuai pasai tengah study. Better focus kan. Mungkin lepas habis study, tapi kenalah cari kerja on-the-field. Kalau kerja yang sangkut-paut dengan cs macam tak berapa on-the-field rasanya. Entahlah...





No comments:

Post a Comment