Salam Alaik...

Any thought, idea, opinion and story in this blog is related to the owner's point of views. Copying and editing the source of content is prohibited if it is intended to harm people(including me). Despite, if it does bring manfaat, you're freely to do so. As you wish!!Hopefully, we may cherish one another more often. Jazakaallah Khair.

Saturday, December 3, 2011

Panggilan Nama dan Signifikannya









Assalamualaikum wbt.



Setiap objek yang ada Bumi malah di angkasa mempunyai nama masing-masing. Manusia tidak terkecuali. Ini bermaksud terdapat lebih daripada 7 billion nama manusia ekoran kajian membuktikan populasi penduduk bumi sudah melebihi 7 billion. Bercakap mengenai nama-nama manusia, ternyata ada signifikan di sebalik setiap panggilan-panggilan nama manusia.


1.Siapa nama awak ?

2.Apa nama panggilan awak ?



Jika korang disoal dgn soalan pertama, apa yang korang akan jawab? Adakah korang cukup jujur untuk memberitahu nama yang tertulis di surat beranak? Emm, bagi aku ianya depend pada situation. 

Bagaimana dgn soalan kedua ? Biasanya kita akan memberi sebaris nama yang simple+senang dan nama yang disukai oleh kita. Namun ada juga yang bg nama panggilan yg biasa dipanggil oleh kwn2. Contoh, panjang, kechik, bob dan sbgainya.

Walau bagaimanapun, seharusnya kita dipanggil dengan nama-nama yang baik. Baik di sini refer to nama yang mempunyai maksud yang baik, yang apabila kita dipanggil kita didoakan sesuatu yang baik. Ini kerana setiap nama panggilan/gelaran kita kepada seseorg, akan meresap maksud disebalik nama itu kepada si empunya nama. Dalam Islam sendiri menganjurkan kita untuk memberi nama yang baik-baik untuk bayi, contoh diberikan nama-nama bayi itu dgn nama-nama Allah, nama-nama rasul, sahabat-sahabat nabi dan sbgainya.


Norhasanah Abu Bakar




Alhamdulillah aku dikurniakan nama yang baik-baik. Jika dipecahkan nama aku, Nor(sepatutnya nur, typo sikit kat situ) bermaksud cahaya manakala Hasanah membawa maksud yang baik, kebaikan. Perkataan Hasanah biasa didengar apabila kita membaca doa 




"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"
("Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".) QS. Al Baqaroh 201.



Doa ini selalu dibaca selepas solat dan sebagai doa sehari-harian. Aku ingat lagi, dulu masa kecik-kecik kawan-kawan laki biasanya akan mengejek aku dengan doa ni. Bila selisih aje panggil aku macam tu.Mula-mula aku tak suka pasal yelah kan tak matang lagi time tu plus langsung tak tau apa maksud doa yang biasa aku dgr dr kecik lagi tu. Lagipun, dah menjadi semacam suatu trend mentaliti time tu apa aje nama yg diejek oleh budak-budak lelaki adalah suatu yg menjengkelkan. Time tu menyakat merupakan hobi bgi budak-budak lelaki time sekolah rendah (sekolah agama actually). Haha.

 Lawak bila igt balik tapi tak sangka bila dah masuk u pun ada yang nak panggil aku macam tu. Tapi respons aku kali ni berbeza, aku tak perlu rasa marah ke apa ke kerana sekurang-kurangnya ianya dapat mendoakan aku dan dia sekali. Jadi panggillah aku selalu dengan nama hasanah ke atau baca doa itu setiap kali selisih dengan aku. :) 

Aku teringat ada satu time tu solat Hari Raya kott kat masjid kawasan rumah aku. Imam tu baca doa ni dan doa2 lain yang ada perkataan Hasanah tu sampai beberapa kali entah. Banyaklah jugak. Lepas abis bacaan doa dan solat, akak aku berbisik dekat aku dgn adik-beradik yang lain.

"Hari ni dah berapa banyak ustaz duk sebut nama kau. Hasanah hasanah hasanah. Banyak pahala kau dapat hari ni hehe "

Aku sengih je tapi tetiba terpikir kalau satu dunia membaca doa tu, berapa banyak kali orang sebut Hasanah dalam dunia ini. Signifikannya aku lihat  di sini, aku sepatutnya rasa malu kalau, kalau aku tak terkesan dan tak se-Hasanah yang sepatutnya aku "Hasanah". Aku sepatutnya malu nak memiliki sebaris nama Hasanah kalau diri tak melayakkan aku untuk dipanggil sedemikian. Mudah-mudahan nama Hasanah ini sedikit sebanyak memberi signifikan yang baik dalam kehidupan aku di dunia dan di akhirat. Aku doakan juga untuk empunya-empunya nama yang sama dengan aku. Amin.

Actually ada sejarah manis+lawak tercipta masa nak mencadangkan nama aku. HAHA (aku dah gelak dulu sebelum cerita, malu nak ckp ni). Pada awalnya nama yang dipilih oleh ayah aku ialah, ialah Norasrah. hahaha lawak tak nama tu? Ada lagi nama tu dekat surat beranak aku. Boleh nampak lagi sebab ayah aku just potong nama tu mcm tu je so still bole baca. hoho.

Kalau search maksud nama tu kompom takde kerana ejaan sebetulnya ialah Norasyraf. Yeah Norasyraf---nama lelaki kan? Hahaha ayah aku salah eja. ^_^ Masa itu ada seorang ustaz sekali dengan mak ayah aku dan terjadilah dialog antara ayah aku dan ustaz yang disaksikan oleh aku (didukung oleh mak aku ) dan mak aku.

p/s: Style bahasa disesuaikan dengan zaman dan direka oleh aku. Walau bagaimanapun ianya cerita asal dan tidak ditokoktambah.




****

"Nama anak kau ni apa En. Bakar ?", ustaz bertanya kepada ayahku.

"Norasyraf (tapi dieja norasrah) ".

"Hah? Apa ke letak nama anak lelaki, kan perempuan budaknya. Letakla nama anak perempuan", ustaz membangkang.

"Nama apa ye? Ustaz pikirkanlah. haha"

"Emm...(lama jugak tgh memikir) Letaklah nama Norhasanah, maksudnya yang baik "

****



Maka, begitulah sejarah nama aku dicipta. Eceh ayat. Tapi kalau perasan dekat U ni, biasa org panggil aku dengan nama Hana, Ana. Nasib baik dua2 tu ada meaningful meaning. Jadi tak lah membawa suatu elemen yg buruk setiap kali aku dipanggil mcm tu. Dan aku mintak maaf banyak2 kalau aku ada terpanggil nama2 yang korang tak gemar atau panggil nama yg tak membawa maksud apa2. Akan ku cuba memanggil nama mu mengikut kesukaan mu kerana Nabi pernah bersabda panggilah si fulan/fulanah dengan nama yang disukainya.

Lagi satu pesan aku, bersyukurlah dgn nama yang diberikan oleh kedua ibu-bapa mu lebih-lebih lagi jika nama mu mempunyai maksud yang baik walau kau merasakan buruk. Misalnya janganlah kau jadikan Muhammad yg bermaksud "yang terpuji" disingkatkan ke Mat/Mamat. Kemudian kau melabelkan Mat itu kepada golongan-golongan sampah masyarakat dan perosak bangsa seperti Mat Rempit, Mat Pitt, Mat Pala Tongkol dll. Sesungguhnya adalah amat keji perbuatan kau itu. WA.


Assalamualaikum wbt.







No comments:

Post a Comment