Salam Alaik...

Any thought, idea, opinion and story in this blog is related to the owner's point of views. Copying and editing the source of content is prohibited if it is intended to harm people(including me). Despite, if it does bring manfaat, you're freely to do so. As you wish!!Hopefully, we may cherish one another more often. Jazakaallah Khair.

Monday, December 26, 2011

Aku dan Dia

Assalamualaikum wbt.

Tiba-tiba aku dapat ilham nak tulis satu cerita ni. So aku pun jadikanlah cerita ni cerpen sebagai nak illustrasikan apa yang bermain-main dalam fikiran aku sejak akhir-akhir ni. Aku harap cerpen ni dapat beri peringatan buat kita dan sedikit-sebanyak mesej yang aku cuba nak sampaikan dapatlah disampaikan *hah, phm tak ayt berbelit aku* Sorrylah eh disebabkan aku demam dan selsema jadi ayat pun tungangg-langgang. :)



Wardah



Sepi. Suasana sepi, bayu laut menghembus masuk membuai perasaan Wardah di muka jendela. Terasa sejuk mencengkam pabila bayu bersentuhan kulitnya. Waktu pagi yang hening itu, terasa mengisi kekosongan yang dirasakannya saban waktu. Wardah membuang pandang ke luar jendela. Jendela mahogany itu indah penataannya di pelupuk mata. Ukiran-ukiran kerawang bercirikan Inggeris dan Arab di bingkai jendela dan beberapa perabot membuatkan mata sesiapa sahaja pasti tertawan.


Namun, bagi Wardah itu semua tidak berberti baginya. Biar bapanya menghadiahkan secantik atau semewah mana perabot atau hiasan, hatinya langsung tidak terusik. Hatinya terasa ada suatu ruang kekosongan yang sukar untuk diendahkan. Walau cuba untuk berlakon, ternyata ianya pedih mencuit isi hatinya.


Kini terbentang di hadapannya laut yang luas. Luas seluas saujana mata memandang, ombak ganas memukul pantai. Wardah mara ke balkoni biliknya. Berdiri di tengah-tengah sudut, lalu mendepakan kedua-dua tangannya. Baju tidur maxi labuh paras betis itu terbuai-buai di tiup angin, begitu juga rambutnya yang ikal mayang. Wardah memandang jauh ke hadapan. Dihayati kenikmatan yang dirasakan. Lama dia begitu.


Tiba-tiba, dirasakan seseorang di sebelahnya. Seseorang yang dinanti saban waktu. Dia yakin dan tanpa berlengah ditolehnya disisinya. Ya, lelaki itu. Wardah tersenyum begitu juga lelaki itu ikut juga tersenyum. 

"Abang!", panggil Wardah tak tertahan-tahan. Wajahnya berseri-seri di antara kegelapan awal pagi itu.

"Selamat pagi sayang",ucap lelaki itu lembut. Sinar matanya sungguh mempesona. 

"Sayang sihat?",tanya lelaki itu.

Wardah tersengih bahagia, menampakkan sebaris gigi yang menawan. Kepalanya diangguk berkali-kali menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Tapi kenapa abang tengok sayang asyik termenung, seolah dirundung kesedihan. Tak nak cerita dengan abang?".

Wardah diam. Dia mengalihkan pandangan ke lautan yang terbentang luas. Tiba-tiba hatinya dicengkam kesedihan. Air mata jatuh setitik demi setitik. Soalan itu bagai memalu hatinya. Berkali-kali.

"Kenapa  sayang?", lelaki itu medesak sambil merapati dirinya di sisi Wardah.

Wardah menarik nafasnya, sebelum menyusun kata-katanya.


"Sampai bila harus begini bang? Sampai bila Wardah harus menanti abang. Sudah terlalu lama rasanya perasaan ini disimpan di lubuk hati. Namun, semua harapan Wardah tak kunjung tiba? Kenapa bang? Tak layakkah Wardah hidup seperti insan lain? Saling berkasihan, mencintai??", terluah sebahagian isi hatinya. Diluah satu persatu agar lelaki itu memahaminya, agar apa yang dirasakan sejak akhir-akhir ini terlerai dari cengkaman hatinya.

Lelaki itu terasa terbeban dengan pengakuan Wardah itu. Dia memahami apa yang dirasakan Wardah. Dia memohon pada Allah agar Wardah dikuatkan perasaan, hati dan kekuatan iman.

"Bersabarlah sayang.Nampaknya harapan Wardah belum direstukan Tuhan. Berdoalah pada Dia dengan penuh pengharapan, sesungguhnya dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Jika takdir menentukan bukan di sini Wardah bertemu, mungkin di akhirat sana. "


Ucapan lelaki itu membuatkan hatinya bertambah-tambah seksa. Air matanya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Mengalir laju air matanya sambil menggeleng-gelengkan kepala menidakkan kata-kata lelaki itu.


"Tidak Abang! Tidak ! Wardah tak mahu, Wardah mahu kita bertemu sekarang, di dunia ini. Wardah tak mahu. Puas sudah Wardah berharap, berdoa tapi tapi Dia tetap tidak mendengar. Kenapa? Kenapa abang kerap bercakap begini? Kenapa? Katakan aja Abang tidak mahukan Wardah. Katakan aja Wardah tak layak memiliki abang. Katakan saja bang!!!", Wardah meraung sekuat hatinya lalu terduduk di hadapan lelaki itu. Dia tidak malu walaupun dia sudah berjanji untuk menjaga tingkah laku dihadapan lelaki itu.

"Astaghfirullah hal azim. Astaghfirullah hal azim.Astaghfirullah hal azim", lelaki itu mengucap panjang.


Lelaki itu kelihatan sangat sedih dan juga marah. Dia mendiamkan dirinya seketika waktu, memberi masa buat Wardah menenangkan dirinya. Dilihatnya Wardah yang sedang berteleku di balkoni jendela. Perlahan-lahan lelaki itu duduk di sisi Wardah. 


"Wardah ku sayang. InsyaAllah Wardah akan bertemu insan yang selayaknya. Allah itu adalah Tuhan yang Maha Pengasih dan juga Penyayang. Dia juga Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Janganlah mudah Wardah melepaskan kebergantungan harapan Wardah padaNya. Setiap hambanya diciptakan berpasang-pasangan, begitu juga Wardah. Wardah tidak perlu risau. Allah sudah menetapkan siapa jodoh Wardah. Ajal maut, pertemuan itu di tangan Allah. Seharusnya sekarang Wardah berusaha dan bersedia dengan takdir dan perancangan Allah. Kerana hidup di dunia ini semuanya menuju matlamat yang utama yakni mencapai mardhatillah. InsyaAllah sayangku..."


Kata-kata lelaki itu meniupkan kembali rasa kasihnya, rasa kepercayaannya pada Allah. Dia pasti Allah menghendakinya untuk terus tabah dan sabar menghadapi dugaanNya. Dia tahu Allah itu mengasihinya. Dia tahu ujian ini meminta dia supaya dekat denganNya. Dia tahu kini. Alhamdulillah.



************



Hamparan sejadah di hadapan Wardah ditatap penuh pengertian. Gambaran Kaabah dan kalimah Allah menusuki ruang fikirannya. Wardah baru selesai solat Tahajud, hatinya cukup damai setelah melakukannya. Dia dapat merasakan Allah itu dekat dengannya. Setiap kali dia bangun malam dan melakukan ibadat malam terasa hanya dia dan Allah sahaja yang ada tika itu. Terasa Allah berhubung terus dengannya. Perasaan tak tentu arahnya dahulu sudah kian hilang, sebaliknya perasaan bahagia yang sukar digambarkan mengisi ruang hatinya. Air mata mengalir dari kelopak matanya. 

Kali ini tangisnya bukan kerana sedih tapi tangisnya kerana rasa bahagia-kerana rasa syukurnya pada Allah.

Tempoh hari selepas waktu Asar, dia telah mendapat petunjuk. Petunjuk daripada Allah bahawa masanya makin hampir.  Wardah merindui Rabbnya, dia gembira untuk berjumpa Rabbnya. Wardah tidak putus-putus memohon keampunan Tuhannya, semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosanya, menerima taubatnya. Dia memohon agar Allah memudahkan perjalanannya. Dia memohon Allah melindungi dirinya daripada azab api neraka, azab kubur dan gangguan sakaratulmaut.

Wardah menangis di atas pembaringan diselimuti dengan kain telekungnya. Tangannya diqiamkan. Nafasnya turun naik, dia mulai sesak nafas. Terasa masanya makin hampir. Wardah mengucap perlahan-lahan.

Dalam kepayahan mengucap kelihatan sesusuk tubuh mendekatinya dari depan. Wardah kenal akan susuk tubuh itu. Susuk tubuh yang sudah lama tidak menampakkan dirinya di hadapan Wardah. Lelaki itu! Ya Lelaki itu.

"Assalamualaikum ya Wardah", ucap lelaki itu separuh berbisik. Dia tersenyum. Senyumannya seperti biasa, amat mempersonakan.

Wardah diam. Bibirnya tergetar-getar menjawab salam lelaki itu. Dia menangis.

"Ana datang nak cabut roh enti".

Bergema kata-kata itu di telinga Wardah. Jantungnya bergoncang hebat. Dia tahu kini siapa lelaki itu selama ini. Rupanya lelaki itulah pencabut nyawanya. Allahuakbar!Allahhuakbar! Air matanya mengalir laju. Perasaan takut mengisi ruang hatinya. Dadanya turun naik menghirup udara yang dirasakan semakin kosong. 


"Jangan takut Wardah. Berbualah dengan ana seperti biasa. Telah diizinkan oleh Allah untuk tidak menampakkan wujud ana yang sebenarnya. Wardah, masa enti sudah tiba. Ana harus menjalankan tugas ana namun ana ingin katakan sesuatu kepada enti. Pengorbanan dan penghambaan enti itu telah dipandang oleh Allah Azza Wa Jalla. Dengan itu Allah meletakkanmu di kalangan hambaNya yang diredhai. Matimu ini pastinya di kalangan mati orang-orang yang beriman. Nah, bersiap-sedialah enti kerana ana akan mencabut rohmu sebentar sahaja lagi. Lakukanlah apa yang sepatutnya orang-orang mukmin itu patut lakukan",ucap lelaki itu di sisi Wardah.


Wardah menutup matanya diikuti kalimah syahadah di bibirnya. Dia tidak sabar untuk bertemu Rabbnya. Alhamdulillah kini.

Dikarang oleh,
Norhasanah Abu Bakar
cheersmile_92@yahoo
2.34 am: selasa:27/12/2011

No comments:

Post a Comment