Salam Alaik...

Any thought, idea, opinion and story in this blog is related to the owner's point of views. Copying and editing the source of content is prohibited if it is intended to harm people(including me). Despite, if it does bring manfaat, you're freely to do so. As you wish!!Hopefully, we may cherish one another more often. Jazakaallah Khair.

Saturday, October 15, 2011

Menjadi 'Asing'



Sabda Rasulullah SAW maksudnya:"Sesungguhnya hati itu terlebih dahsyat bolak baliknya daripada periuk yang berada di atas api, bilamana menggelegak sesuatu didalamnya".










Assalamualaikum wbt.

Aku nak tanya, pernah tak korang rasa sekeping hati korang ni rasa sesak, berat dan memberontak?Pernah tak korang rasa korang nak lari ke suatu tempat yang tenang, korang rasa korang nak robek hati korang pastu nak bersihkan sebersih2-bersihnya. Pernah tak korang rasa sekeping hati korang ini berbolak-balik, tak tetap kejap tenang kejap resah. Adakah ni yang dinamakan penyakit hati?Adakah ini namanya hati kita telah dicemari?


Kenapa aku rasa aku mengalaminya sekarang?

Kenapa boleh jadi macam ni?

...

Aku pernah bermimpi (taktaulah berangan ke apa, tak ingat) yang aku berada di suatu tempat yang paling damai, sunyi dan tersangatlah tenang. Aku lihat cahaya mendamaikan di suatu sudut. Aku rasa hatiku paling ringan waktu tu. Keadaan dia lebih kurang dalam gambar kat atas but tak sure kat masjid ke kat mana. Aku duduk je kat situ tapi sambil merenung cahaya kat depan aku tuh. Masa tu aku banyak pikir tentang segala masa silam aku, apa yang aku pernah buat, kebaikan aku, dosa aku, banyak sangat. Tapi aku rasa damai sangat.

Aku juga pernah bermimpi (but still x sure mimpi ke angan2 ke or impian =) ) Aku berdiri kat atas puncak gunung dan aku langit biru terbentang luas, gunung-ganang terdampar lebar dan pepohon menghijau. Burung-burung berterbangan.Indah sangat pemandangan tu. Subhanallah aku still boleh bayangkan sekarang ni. Aku rasa macam tak nak berganjak dari situ. Masa tu aku sorang2 jgk. 

 Aku teringat masa kelas BEL, miss BEL suruh bayangkan kitorang kat deserted island, dan siapa ada bersama2 kitorang kat situ sama ada seorang diri, beberapa orang, or ramai orang. Dah nasib aku hari tu miss panggil nama aku dan aku pun bagitaulah jawapan aku. Aku cakaplah aku sorang2 je yang ada kat pantai tu. Dan miss buat kesimpulan zaman budak2 aku tak ramai kawan dan suka menyendiri(lebih kurang macam tulah). YES, mmg betul pun, aku tak berapa ingat kenangan aku masa kecik2. Masa sekolah rendah pun tak ingat.Kalu orang tanya nama kawan2 aku masa sekolah rendah, aku pun tak bape ingat. Pathethic sgt kann. 

Masuk sekolah menengah, aku menyendiri gak dalam kelas. Tak reti bergaul. Beberapa kerat je kawan aku.huhu Dengan bdk laki tak banyak cakap dengan perempuan pun lebih kurang mcm tu. Tapi Alhamdulillah aku masih ada kawan baik yg friendship kitorang bertahan smpi sekarang. Sebenarnya mmg salah aku, aku yang menjauhkan diri drpd dorang. Kenapa?Aku pun tak tau. =.= Tapi aku jenis suka tengok kawan2 aku yang berjaya, dedikasi dan rajin; maksud aku yg top scorer kat sekolah tu, Aku ambil contoh sikap dorang yg berani, dedikasi so aku applykan dalam diri aku. Naik form 3 dan seterusnya, aku mula aktif dalam kelas(dalam kelas je, xtvt sekolah x join) tanya tu tanya ni, cakap depan kelas. Kalu presentation ke apa ke, mmg muka aku jelah yg bercakap kat depan tu. haha..kalau ade pop kuiz laju je aku angkat tangan and selalu org first yg duduk pastu tersengih cam kerang busuk.huhu bkn nak riak eh..Dan tetiba cikgu bgi borang permohonan pengawas kat aku. Aku pun isi and hanta jelahh.

Habis spm, tuptup dapat masuk UiTM Segamat kos yg sama dengan akk aku masa dip. Fuhh walau cs tu pilihan yg hujung2 still terpilih gak maybe sbb aku dr jurusan IT kott kat skolah. Sebelum masuk aku dah pasang niat siap2 nak berjuang abis2san. Perkara lain tolak tepi dulu. Sem 1 mmg semangat aku membuak2.Alhamduillah result cemerlang tapi  naik sem 2 ishh2..semangat ke mana mood study ke mana. Jujur aku cakp aku dri kecik mmg paling takut math. Masa sekolah rendah dulu, tiap kali kelas math, menggigil lutut aku lebih2 lagi bile time mghafal sifir. HUHU. Mgg lembap lah bab mengira2 ni. :'( Aku walau macam mana baik pun cikgu math tu, aku still phobia..T-T *sapa bole tolong aku hilangkan fobia ni.Tu yang result addmath cukup2 je. Now dapat pulak kos CS yg under FSKM(Fakulti sains komputer dan MATEMATIK). Tu yg sem2 tu hancuss gile.hehe tapi bile2 belajar macam syok pulak subjek ni. And aku paling salute org yg gila power MATH sbb aku tau tulah satu2nya kelemahan yg nyata dan mcm impossible bgi aku. *tapi mana tahu aku jadi pakar Math, huhu.well, dgn izin Allah sume pun bole jadi. optimis eh optimis  plus positif tu penting. Tapi aku pelik discrete math aku sem 1 dapat A. pelik sgt smpi sekarang .WA

Dan aku rasa meng'uzlah'kan diri atau mengasingkan diri itu penting bagi kess kebuntuan akal dan hati. 

Ketahuilah bahawa kerunsingan,resah gelisah , luluh jiwa dan stress yang dihadapi dalam menghadapi masalah kehidupan adalah berpunca dari kebuntuan aqal dan hati yang sentiasa berbolak balik. Yang mana hati itu sememang fitrahnya sentiasa berbolak balik. Sabda Rasulullah SAW maksudnya:"Sesungguhnya hati itu terlebih dahsyat bolak baliknya daripada periuk yang berada di atas api, bilamana menggelegak sesuatu didalamnya".




Kalam Hikmah dari Sheikhuna Ibnu Athaillah As Sakandari diatas memberi petunjuk kepada orang yang gagal mencari jawapan dengan kekuatan akalnya. Yang tidak tenang hatinya. Jalan yang disarankan ialah uzlah atau mengasingkan diri dari orang ramai. Jika dalam suasana biasa akal tidak mampu memecahkan kubu kebuntuan, dalam suasana uzlah, hati mampu membantu akal untuk bertafakur, merenungi perkara-perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal kerana pengaruh luaran ketika berada dalam kehidupan seharian dan menjalankan aktiviti kebiasaan.

Akhir kata daripada aku, semoga kita menjadi di antara golongan yang sentiasa berlumba-lumba mencari keredhaan Allah. Wassalam. Jazakaallah khairan kathiran. 




ini antara momen yang aku inginkan dalam hidup aku.

No comments:

Post a Comment