Salam Alaik...

Any thought, idea, opinion and story in this blog is related to the owner's point of views. Copying and editing the source of content is prohibited if it is intended to harm people(including me). Despite, if it does bring manfaat, you're freely to do so. As you wish!!Hopefully, we may cherish one another more often. Jazakaallah Khair.

Sunday, October 16, 2011

Manuskrip2 : MEL (part2)




*sambungan MEL part 1*

*jangan copy manuskrip ini*

*hak cipta terpelihara milik Norhasanah Abu Bakar*



*******************************************************



Waktu malam yang hening dimanfaatkan seisi keluarga untuk duduk berkumpul di ruang tamu. Anis yang baru selesai membasuh pinggan menatang sepinggan buah-buahan ke ruang tamu. Mel yang ketika itu duduk berteleku di atas sofa sambil membaca majalah manakala di suatu sudut Encik Halim, ayah mereka sedang duduk di tepi jendela, menyaksikan keindahan malam.

“Abah, akak mari makan buah,”Anis mempelawa ayah dan kakaknya. Encik Halim memandang sekilas sebelum mengerakkan kerusi rodanya ke tengah ruang tamu. Anis membantu ayahnya menyuapkan buah-buahan itu.

Mel duduk bersandar dan mengambil buah epal yang dikupas kulitnya kemudian menyuapkan satu persatu ke mulutnya. Kemudian  dia sambung membaca majalah komiknya itu. Sesekali dia ketawa keseorangan.

Anis yang melihat hanya ketawa kecil. Tiba-tiba dia teringat sesuatu mengenai pesan cikgunya itu.

“Emmm abah.Anis ada benda nak bagitau  abah.”

Encik Halim memandang anak daranya itu. Anak perempuannya yang ke dua ini yang sedang membesar. Dia tahu anaknya yang seorang ini semakin jelita seiring usianya yang menginjak kedewasaan. Wajahnya banyak mengikut arwah ibunya. Bermata bundar, kulit putih, alis mata yang lentik dan rambut yang ikal mayang. Namun sedikit manja. Tapi biasalah budak-budak belum cukup matang lagi.

“Apa dia Anis?,”Encik Halim bersuara lembut.

“Tadi cikgu kat sekolah ada pesan suruh jelaskan yuran SPM, bah. SPM dah nak dekat. Cikgu cakap kalau lambat bayar, nanti banyak masalah timbul bila nak dekat SPM,”Anis mmeberitahu ayahnya apa yang dipesan oleh guru kelasnya itu.

Encik Halim terdiam. Duit menjadi bebanan dalam keluarganya sejak kudratnya terbatas apabila kaki kirinya terpaksa dipotong kerana penyakit kencing manis.

“Berapa yuran SPM Anis tu?” Encik Halim memandang anak bongsunya itu.

“Dalam seratus tiga puluh. Tapi Anis nak kena beli buku tambahan lagi. Jumlah dalam dua ratus abah.”

Encik Halim membuang pandangannya ke luar jendela. Otaknya dibebani dengan masalah untuk mendapatkan wang bagi yuran dan buku-buku Anis. Dia sebolehnya mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya. Namun, wang dalam simpanannya telah digunakan untuk membayar bil hospitalnya tempoh hari. Encik Halim buntu dan sedih kerana gagal menjalankan tanggungjawab dan amanahnya selaku bapa yang sepatutnya mencari nafkah untuk anak-anaknya. Namun, kudratnya terbatas.

Tetapi dia akan berusaha untuk mendapatkan duit untuk anaknya,Anis. Dia tak mahu seorang lagi anaknya gagal menghabiskan persekolahan . Dia tak mahu membunuh masa depan anaknya lagi. Cukuplah dia terpaksa lakukan ketika Melinda di bangku persekolahan. Cukuplah Melinda seorang. Sehingga kini perasaan bersalah masih membelenggu dirinya apabila melihat Melinda berhempas-pulas menyara keluarga, menggantikan tempatnya untuk mencari nafkah sekeluarga.

Encik Halim melontarkan senyuman kepada anaknya, Anis. Dia melihat jauh ke dalam kolam mata anaknya itu.

“Anis,”Encik Halim memanggil anaknya.

“Ya bah.”

“Anis jangan risau pasal duit tu ye. Abah ada duit tu, nanti abah pergi cari kerja…”

 “Tak payah abah!”

Belum  sempat Encik Halim menghabiskan ayatnya, Melinda telah mencelah kata-kata ayahnya. Encik Halim dan Anis serentak memandang Melinda yang ketika itu sudah berdiri bertentangan mereka berdua. Riak wajah Melinda kelihatan marah, matanya menjengil memandang Anis. Kemudian dia memandang ayahnya sebelum mendekatinya.

“Abah, abah tu sakit. Doktor pesan abah kena banyak rehat. Tu penyakit abah tu belum baik lagi. Nanti kalau abah pergi kerja kan mudarat pulak nanti…”

“Tak ada apalah Mel, abah dah baik dah. Abah boleh Mel, abah boleh…”Encik Halim meyakinkan anaknya itu.

“Abah, abah tu masih sakit. Ini apa guna Mel  kat dalam keluarga ni abah? Abah, Anis ni bukan sapa-sapa pada Mel, adik Mel bah…”

“Mel, abah dah banyak susahkan kau Mel. Kau kerja siang malam. Tak cukup kerja dekat bengkel, hujung minggu kau ambik upah kelapa sawit. Kerja sudahlah berat-berat. Abah tak sanggup lagi tengok anak abah berkorban sampai macam ni sekali. Dah cukuplah abah berehat , hampir 5 tahun sakit tak kebah-kebah. Naik turun hospital. Sudahlah, abah tetap nak pergi kerja esok.”

Anis sudah mengalirkan air mata. Dia berasa bersalah kerana menjadi beban kepada keluarganya.
Melinda memegang tangan ayahnya. Diciumnya berkali-kali. Dia sangat sayang ayahnya, dia tak mahu kehilangan satu-satunya ayah yang dia ada di dunia ini.

“Abah, Mel pohon pada abah. Dengarlah cakap Mel abah. Biarlah Mel yang ambil alih tugas abah, biar Mel yang sara hidup kita sekeluarga bah. Selagi kudrat masih ada, Mel akan berhempas-pulas mencari rezeki. Mel mohon sangat pada abah, izinkan Mel yang bekerja mencari rezeki. Lagipun, Anis dah nak abis sekolah. Abah tentu nak Anis belajar sampai menara gading kan? Mel pun macam tu. Tinggal Anis harapan untuk mengubah nasib keluarga kita, tapi untuk sekarang biarlah Mel yang menanggung semua.


To be Continued...

Komen/pendapat/kritikan/cadangan/ulasan/sokongan adalah amat2 dihargai. Ada cadangan untuk babak seterusnya ke atau apa2 berkaitan plot cerita ini juga sangat dialu2kan. Assalamualaikum. Jzkk







No comments:

Post a Comment