Salam Alaik...

Any thought, idea, opinion and story in this blog is related to the owner's point of views. Copying and editing the source of content is prohibited if it is intended to harm people(including me). Despite, if it does bring manfaat, you're freely to do so. As you wish!!Hopefully, we may cherish one another more often. Jazakaallah Khair.

Sunday, October 16, 2011

Manuskrip2: MEL (part 1)




*tajuk manuskrip ini MEL(mungkin akan ditukar)*

*jangan copy manuskrip ini*

*hak cipta terpelihara milik Norhasanah Abu Bakar*

*manuskrip ini mula ditulis ketika penulis berumur 17/18 rasanya*



***************************************************************


15 JUN 1987



                Pada tanggal itu lahirnya seorang bayi perempuan yang sungguh comel, pipinya tembam, kulitnya pula sangat mulus dan rambutnya pula sangat lebat. Anak perempuan  kepada pasangan Maryam dan Halim ini lahir pada saat hujan  turun dengan lebatnya  di waktu malam. Rumah papan  itu telah menyaksikan sebuah catatan sejarah bermula dalam lembaran kehidupan mereka sekeluarga.

                Mak  Timah, bidan di Kampung Melati mendukung bayi perempuan itu ke pangkuan Maryam setelah usai membersihkan badan si bayi.

                “Maryam, lihat anakmu ini. Molek wajahnya nak.”

                Maryam mengusap pipi bayinya. Matanya bergenang menatap wajah bayinya. Suaminya di sisi erat memeluknya.  Ternyata penantian selama 10 tahun berakhir jua. Maryam dan Halim sangat bersyukur  apabila mengenangkan segala ikhtiar dan doa tertunai kini. Alhamdulillah.

                “Abang.”

                Halim memandang isterinya.  Dia menyeka air mata di pipi isterinya tercintanya itu sambil tersenyum menatapnya.

                “Apa kita nak namakan anak kita ni, bang?”

                Halim diam.Oh ya!Dia belum lagi memutuskan nama untuk bayi perempuannya ini. Otaknya ligat berfikir.  Maryam tersenyum kecil . Ada sesuatu yang melucukan pada suaminya di saat itu.

                “Emm abang belum putuskan lagi. Err…Sayang pulak macam mana?hehe”

                Kini giliran Maryam pula diam memikirkan nama untuk puteri sulungnya itu. Sebelum ini dia ada memikirkan beberapa nama setelah mendapat tahu dia hamil pada sembilan bulan yang lepas.

                “Abang, kalau kita letak nama anak kita Melinda ok tak bang?Abang setuju  tak?.”Maryam memandang wajah suaminya untuk jawapan.

                Halim tanpa banyak bicara terus bersetuju. Dia mengangguk-angguk tanda setuju.

                “Melinda sayang, mari dekat abah. Anak abah tomey, tomey,tomey. Tomey dia ni!,”Halim bergurau dengan anaknya di pangkuan isterinya. Maryam ketawa kecil. Di saat itu dia merasakan  dirinya sangat bahagia apabila dirinya telah lengkap segalanya. Punya anak dan suami yang sangat mengasihinya. Biarpun kehidupan mereka sederhana, namun mereka tetap hidup bahagia seperti keluarga lain.

                “Halim, anakmu ini belum diazankan lagi. Cepat azan bayimu itu.”Mak Timah bersuara menghentikan gurauan Halim itu. Halim tersengih menyedari kesilapan sendiri dan  segera mengazankan anak perempuannya itu.

                Kedengaran bisikan azan yang  mendamaikan di segenap ruang tamu rumah itu.  Perjalanan hidup keluarga ini baru bermula,ternyata hakikatnya hidup di dunia ini tidak selamanya mengundang bahagia di hati, ada jua cabaran yang datang menyanggah perjalanan hidup mereka dan realitinya hidup ini. Hanya kekuatan dan ketabahan menjadi sumber kelangsungan hidup.



 ********************************************





FEB 2000



               
                Bunyi radio mengalunkan irama muzik hardrock bergema di dalam bengkel itu.  Aku menghentak-hentakkan kepala apabila intro ‘all time favourite song’ku Eye of the Tiger nyanyian British band,Survivor dimainkan. 

                “Fuh!Intro lagu ni je dah buat aku hentak2 ni. Ni kalau layan sepuluh kali pun sure tak bosan nih!,”Aku bermonolog seorang diri sambil membaiki enjin kereta.

                “Alamak, nak kena tukar penapis minyak ni. Dah bocor pulak. Banyaklah nak kena charge Pak Cik Leman ni, bising pulak orang tua tu nanti.” Aku membebel melihat penapis minyak yang bocor itu.

                “Ahhhh!!!” Aku menjerit kesakitan apabila tiba-tiba kakiku  dipijak seseorang. Kedengaran suara orang ketawa berdekah-dekah.

                Kurang ajar. Ni namanya cari pasal ni.  Siapa malaun yang pijak kaki aku ni???

Aku menolak stretcher dengan kakiku sebelum keluar dari bawah kereta proton Saga itu. Setelah bangun dari pembaringan, aku lihat sesusuk tubuh yang amat kukenali sedang ketawa terkekek-kekek mace nate beghuk.

Ahh. Sabar  Mel sabar.  Kalau kau belasah mamat sengal ni sekarang kau tak dapat apa, yang kau dapat kena buang kerja je. Dia tu penolong pembantu  kat sini kang tak pasal-pasal kau kena benti 24 hours. Mampuih orang umah hang nak makan apa nanti.

Aku memotivasikan dan memeditasikan diri sebentar apabila mengenangkan apa yang akan terjadi kalau aku ikutkan hati waktu itu. Aku beristighfar dalam hati.

Melihatkan ketenangan yang ditonjolkan oleh ku itu, si nate beghuk tu diam terkelu. Mungkin terkejut melihat reaksi ku kali ini.

“Emm…takde..bukan apa aku tak suka orang buat keje sambil mengomel, bercakap macam orang gila seorang diri. Kalau keje, keje. Jangan nak mengomel itu mengomel ini. Dan lagi satu…”

Sambil membuat muka bosan aku menjawab.

“Apa dia??”

Aku lihat dia mendekati radio yang terletak di atas meja bulat dan menutup radio itu. Aku memandang tak puas hati.

“Kau dengan radio dengan lagu kau tu yang memekakkan telinga tu boleh tak jangan nak pasang lagi kat sini. Aku sakit kepala tau tak. Aku dah nak tercabut anak tekak nak laung nama kau dengan bebudak yang lain kau tau tak!”katanya sambil mengangkat radio klasikku tu.Banyak nostalgia tuh!!

“Ambik radio buruk kau ni sebelum aku campak!”

Aku mengambil radio dari tangannya sambil memandang tajam tepat memandang matanya. Aku mengetap gigiku . Mata bertentang mata. Sekan-akan kelihatan sinar ultra keluar dari mata kami. Cuma warna saja yang berbeza. Satu merah satu hijau.

“Nak lawan mata ke Jali huh??Bring it on!Lai lai lai!”Aku berkata dalam hati.

Selang beberapa minit.

Akhirnya dia mengalihkan pandangannya sebelum berlalu pergi. Aku tersenyum kemenangan. Nak lawan mata sangat hah, hambek kau terketar-ketar lari!!!

“Wah gilalahh kau Mel!!!”Daus datang mendekatiku tiba-tiba.

“Apa yang gilanya Daus oii!”Aku buat-buat tak faham. Ku ambil kain buruk di tepi meja untuk mengelap tanganku yang comot terkena saki baki minyak yang bocor tadi.

“Macam mana kau boleh buat si Jali tu cuak dengan kau, huh???Sekali kau pandang tajam je dia dah kelam-kabut lari. Cuba story kat aku sikit??” Daus memandang ku serius. Aku lihat dia serius nak tahu. 

Aku tergelak kecil.

“Amendenya kau ni. Mana ada dia cuak dengan aku. Kau tak nampak ke dia punya sikit lagi nak baling radio klasik aku tu. Fuh!Nasib baik dia tak baling radio aku tu.”

Aku malas nak panjang-panjangkan cerita. Kang nanti tak pasal-pasal heboh satu bengkel cite ni kan. Kang tak pasal-pasal aku yang kena buang keje.

“Sebab dia takkan berani nak buang radio kau tuh.Emm..tp kan kadang-kadang aku rasa korang ni macam ade kisah tersendiri je, tak gitu??Sebab aku rasa korang ni macam dah bermusuh lama je. Kau tak nak story kat aku Mel??hmm??”Daus masih lagi mengasak aku dengan pertanyaan cepumasnya itu.

Bagus betul instinct mamat ni kan??Fuh!!

“Tak ada apalah. Yang kau ni apsal sibuk sangat. Aku mana ada…”Aku terhenti apabila terlihat jam di dinding menunjukkan jam 1.15 tengah hari.

“Alamak!Adoyai!Aku dah lambat ni. Ni semua salah kau Daus buat aku lambat.”Aku kelam kabut membuang  kain yang terikat kemas di pinggangku. Tanpa sedar aku terlempar di muka Daus.

“Eh kau  nak ke mana??”Daus mengambil kain di wajahnya itu. Mukanya berkerut seribu. Mungkin busuk bau minyak petrol kott!!

Aku bergegas ke motosikal kapcai ku yang terparkir elok di sisi tiang bengkel itu. Bunyi enjin berderum.  Dalam kebisingan itu aku menjawab.

“Aku nak ambik awek aku kat sekolah.  Cakap kat bos dengan  si nate beghuk tuh aku sambung duty kul  3 tau.  Ade emergency kes tau. Oklah, Assalamualaikum!!!”

“Hah!Awek???Err…Waalaikumussalam.” Daus dilanda kebingungan sambil menatap pemergianku. Tiba tiba…

“KAU JANGAN BUAT AKU MACAM NI MEL…MEL!!!”Daus meraung sekuat-kuatnya. Sedih menangisi kasih yang tak kesampaian.

“WAHHHHH….MELLLLLLLL!!!!!”

DUSH!

“Oh Mak Kau!”Daus menggosok-gosok belakang kepalanya apabila  dipukul oleh seseorang. Peritnya..erk!!

“Hah padan  muka kau!!Memekak lagi. Kan dah kena sedas.Ish!!!”

Jali menjengilkan matanya betul-betul di depan mata Daus.

“Err sorry Encik Jali…”



****************************
 



 Mel melihat jam di tangannya. Sudah pukul 1.25 tengah hari. Mel memecut laju motor kapcainya. Ditunggangnya macam pelesit, mencelah di antara sebelah-menyebelah lori dan kereta.

“Nasib baik jalan lengang, kalau tak susah nak buat stunts macam ni.” Mel tersengih bangga apabila beberapa kereta membunyikan hon apabila dia mencelah di tepinya.

“Sorrylah bang, makan asap jelah. Gua dah lambatlah.”

Fuh! Sampai pun. Jap tengok jam jap. Hah!Sekarang pukul 1.28 tengah hari. Yeay!Pecah rekod ni, paling cepat aku pernah sampai sini dari bengkel dalam 15 minit. Kali ni 13 minit. Wah cayalah Mel!!Can’t Believed it!!!

Mel tersengih-sengih macam kerang busuk. Dari kejauhan dia nampak Anis datang ke arahnya sambil menggalas beg merahnya. Mel melambai-lambai ke arah Anis.

Anis mempamerkan muka ketat.

“Dia dah mula dah angin dia tuh”Mel berkata dalam hati.

“Sorry nis, aku ada hal tadi. Banyak keje tadi. Meh meh jap lagi kita gi berhenti kat warung mamak tepi jalan tu. Pekena ABC nak tak??Aku belanja ni!!”Mel cuba memujuk agar angin Anis tak berpanjangan.

Anis nampaknya langsung tak tertarik dengan tawaran ‘emas’ Mel itu. Dia meletakkan beg merahnya di dalam basket.

“Berapa kali Anis cakap jangan lewat. Kak Mel ni tak paham bahasalah!!!Anis tak suka tau tunggu lama-lama.Tau tak penantian tu satu penyeksaan  .Panas tau tak tunggu kak Mel. Hah!Tengok ni kulit muka Anis dah gelap dah. Tengok ni. Tengok ni.Eeeeii menci mencilah camni.”Anis menunjuk-nunjuk dengan jari telunjuknya di pipinya.

Mel melihat kulit muka Anis kemudian membandingkan warna kulitnya dengan tangannya.

“Alah mana ade nis. Tengok aku punya tangan lagi hitam dari kau. Putih lagi tuh.”Mel tersenyum sambil menyakinkannya.

“Buat apa nak bandingkan dengan Kak Mel. Kak Mel tu memang dah gelap.”Anis menempelak Mel.
 
“Amboi kasar gurau dik!”Mel menepuk peha Anis yang duduk di belakangnya.

“Alah orang gurau je. Akak ni itu pun nak marah.Lek arr!!”.Giliran Anis pula yang memujuk kakak sulungnya itu. Digeleteknya kakaknya itu. Mel ketawa jua akhirnya. Adiknya yang dia amat sayangi tak  sedikit pun pernah menyinggung perasaannya. Anislah permata hidupnya. Yang akan dilindungi dan disayangi sepenuh hati.


To be Continued....

Macam biasa pendapat/komen/cadangan/kritikan/ulasan adalah amat2 dihargai. Yang ni part 1, ada sambungan tuk cite ni part 2.so bole carry on ke part 2 pulak ye!!!huhu Terima kasih kerana sudi membaca. Jzzk.



No comments:

Post a Comment