Salam Alaik...

Any thought, idea, opinion and story in this blog is related to the owner's point of views. Copying and editing the source of content is prohibited if it is intended to harm people(including me). Despite, if it does bring manfaat, you're freely to do so. As you wish!!Hopefully, we may cherish one another more often. Jazakaallah Khair.

Sunday, October 16, 2011

Manuskrip1 : Untitled


Ship Port 14846444



sources : deviantART 


*tajuk taktau lagi*

*harap2 jangan copy manuskrip ini*

*ianya adalah hak cipta terpelihara milik Norhasanah Abu Bakar*

*manuskrip ni dibuat semasa penulis berumur 16 tahun rasanya*


***********************************************************************


“AHMAD! ,”panggilan separuh menjerit kedengaran daripada seorang lelaki berkulit sawo matang dari kejauhan.


Ahmad berpaling. Tangannya masih jua ligat memberi makan rumput kering kepada kuda-kuda padi di situ.


“Mari sini! Kau tinggalkan kerja kau tu. Ada hal yang lebih penting. Cepat!.”Rahman ataupun nama mat salehnya Raymond memanggilnya tergesa-gesa.Dengan pakaian beserta topi cowboy tersarung di kepala, Raymond benar-benar kelihatan seperti kelompok-kelompok penduduk di sini. Lontaran accent ataupun pelat Englishnya tidak ubah seperti mereka. Cuma kulitnya saja membuatkan dia kelihatan kontra dan berbeza daripada mereka. Ya, mungkin pergaulan erat antara penduduk tetap di sini atau juga kerana tempoh hampir belasan tahun bermastautin di sini menjadi faktor asimilasi dan transformasi budaya ini.


Ahmad meninggalkan kuda-kuda padi di situ lantas melangkah pantas menuju Raymond.


“Sir Lord Beckett mahukan pembantu. Dia mahu ke pelabuhan Puerto Rico kerana ada urusan perniagaan di sana. Kau pergi bersiap, bawa baju-bajumu dan kelengkapan lain selama enam bulan atau lebih. Kau mungkin terlepas minum petang dan supper. Jadi minta pada pembantu rumah Cathy sedikit roti buat perjalananmu nanti di atas kapal. Kau mengerti?,” Raymond menerangkan satu persatu dengan terperinci.


Ahmad sedikit kecewa tetapi dia pasrah. Kehidupannya tidak ubah seperti burung-burung migrasi yang sentiasa berpindah-randah. Tetapi dia sudah mulai selesa dan suka bekerja di sini. Di Beckett’s Farm ini dia belajar banyak perkara walaupun baru setahun lebih dia menetap di sini selepas  kilang perindustrian metal tempat kerjanya dahulu muflis. Dikala dia tiada tempat tinggal dan hidup ibarat anjing kurap yang disepak terajang oleh orang ramai, Ahmad ditemui oleh Raymond yang ketika itu sedang mencari pekerja di ladang ini.


Ahmad gembira apabila mengetahui Raymond serumpun dengannya.Ahmad pada mulanya mengharapkan sedikit belas kasihan daripada Raymond tetapi ternyata Raymond juga seperti mereka yang lain. Kelompok manusia yang bersikap profesional  dan komited pada tugas masing-masing. Tiada elemen percampuran peribadi dan profesion.Lama-kelamaan Ahmad sudah terbiasa dan mulai menyesuaikan diri dengan rentak mereka.

“Adakah aku akan pulang ke sini kembali?Kau rasa?”’ Ahmad meminta kepastian walaupun dia sedia maklum jawapannya.

Raymond berkerut. Dia membisu seketika. Terasa terbeban dengan soalan itu.

“Mungkin tidak.”Raymond berkata jujur.

Ahmad membisu. Ahmad memandang sejenak kuda-kuda padi dan sekitar ladang itu. Ladang ini amat luas, seluas saujana mata memandang. Mungkin 20 hektar lebih keluasannya.Dia sudah jatuh cinta dengan ladang ini dan kawasan sekitarnya. Dan sekarang dia perlu belajar melenyapkan semuanya.




*****


Kini lautan biru terbentang luas di hadapanku. Kapal Quidde ini boleh memuatkan kapasiti seramai 25 anak kapal dan muatan sebesar tiga kontena. Sudah dua bulan aku berada di atas kapal ini dan sudah lapan kali aku mabuk laut dan muntah-muntah.


Dua hari lepas keadaan cuaca amat buruk. Laut bergelora dan ombak membadai ganas. Kapal ini kukira hampir-hampir mahu terbalik tetapi nasib baik tidak berakhir begitu. Hari itu hampir semua anak kapal muntah-muntah dan kepala berpinar-pinar. Tetapi apa boleh buat kerana satu kapal tunggang langgang dibuatnya.


Hari ini kurasakan agak istimewa. Mungkin kerana khabar angin yang tersebar sejak dua tiga hari lepas. Kecoh katanya Quidde  akan berlabuh di pelabuhan sementara di pelabuhan Semesis kerana dijangka ribut besar dan lautan bergelora di lautan Hindi.Kalau benar dapatlah aku memijak daratan dan merasa pula hirupan udara di daratan.


Awan gelap berarak dari utara perlahan-lahan menuju ke selatan. Keadaan yang sedikit gelap walaupun waktu tengahari. Aku pantas mengangkat tong-tong ke dalam kontena pengangkut. Memuatkan mana-mana yang kosong dan membereskan tiap-tiap tong dan peti di atas dek. Beberapa anak kapal juga begitu. Keadaan cuaca yang teruk dua hari lepas menyebabkan tong-tong jatuh dan bergolek-golek di atas dek. Sedikit bengang aku kerana melakukan dua kali kerja yang sama.


Tiba-tiba kelihatan petir sabung- menyabung di utara. Dari kejauhan aku lihat ombak mulai mengganas. Walaupun jauhnya berbatu-batu nautika aku  masih boleh melihatnya dari atas dek. Semua anak-anak kapal bercakap-cakap sendiri. Keadaan kecoh di atas dek. Aku kurang memahami kerana kebanyakan anak kapal berbahasa asing . Aku lihat mereka saling bergegas. Aku tidak mengerti apa yang terjadi.


“Quer morses!Quer morses! Frimbo et tuer!,” jerit salah seorang anak kapal itu sambil mengarahkan anak-anak kapal. Aku tercengang. Kemudian tiba-tiba seorang anak kapal menghampiriku.


“Buang sebahagian tong-tong dan muatan atas kapal ini.Buangkannya ke laut. Cepat!Cepat!,”dia menerangkan kepadaku sambil mencampakkan tong ke dalam laut.


Aku masih berdiri. Semua anak kapal sibuk mencampakkan muatan ke dalam laut. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila kapal menukar haluan tiba-tiba. Beberapa tong dan peti jatuh tergolek dan mengenai beberapa anak kapal. Mereka juga ikut tergolek.

“Kenapa?Apa yang terjadi?”

“Tak lama lagi ribut besar dan ombak besar akan melanda dan Quidde akan melambung tinggi dan terbalik. Kita mesti ubah haluan dan tingkatkan kelajuan Quidde. Salah satu caranya adalah dengan buang semua muatan. Kau faham?”Dia menjerit kepadaku.


Aku mengangguk lantas segera mengambil tong yang tidak jauh daripadaku.


Keadaan semakin gelap manakala anak-anak kapal gigih melakukan kerja masing-masing. Mereka membuang sebahagian muatan di dek bawah dan sebahagian muatan di dek atas. Quidde mesti diseimbangkan agar tidak mudah terbalik apabila ombak membadainya. Itu adalah jalan sampingan.


“Diaoq!Diaoq!,”tiba-tiba salah seorang anak kapal di tiang layar menjerit cemas sambil menunjuk-nunjuk di hadapan kapal.

To be continued...

So macam mana?apa babak seterusnya yang rasanya sesuai untuk manuskrip ni?tajuk yang sesuai untuk cerita ni?dalam kepala otak aku, aku nak buat scene kapal tu sesat masuk kawasan asing dan hanya beberapa je yang selamat macam tulah. mmg agk fantasi sikit huhu..hmm...dan terima kasih kerana sudi membaca. salam alaik




No comments:

Post a Comment