Salam Alaik...

Any thought, idea, opinion and story in this blog is related to the owner's point of views. Copying and editing the source of content is prohibited if it is intended to harm people(including me). Despite, if it does bring manfaat, you're freely to do so. As you wish!!Hopefully, we may cherish one another more often. Jazakaallah Khair.

Saturday, September 10, 2011

Facebook Ancaman Terbesar buatKU




Assalamualaikum wbt.

FACEBOOK ANCAMAN TERBESAR BUATKU???
Jujur cakap ianya ancaman terbesar setakat ni, tapi bukan untuk masa hadapan. Sebab kemungkinan ada lagi yang lebih besar.hmmm. Baiklah bermula hari ni tepat pukul 8 lebih (pm) aku bertekad nak deactivate facebook. Tapi aku taktau berapa lama tempohnya sbb bila aku fikir balik byk nota2 or homework post kat fb.hmm.Tapi sebabnya kenapa aku nak deactivate FB nih??hmm, sebab aku rasa aku terlampau byk meluangkan masa dgn menatang ni sampai aku menangguhkan kerja. And aku jadi minat nak post2 status kat fb, aku rasa annoying sgt dgn diri aku. Kadang2 aku fikir maybe adamakhluk2 Allah dekat friends aku yg rasa annoying dgn status aku walaupun tujuan aku share benda baik.Tapi hati org kita bukan tau pun kann??To tell you the truth this isnt me!!

Reason seterusnya pasal final exam nak dekat, aku nak fokus pada study memandangkan result sem 2 aku terlampau 'bagus'. So aku nak bangkit dari kegagalan, siapa je yg suka kegagalan?. Untuk kes aku lagi parah, iyelah sem 1 result mmg tggi, naik sem 2 hancuss terus, tapi aku rasa ada hikmah dan aku dah tau macam mana rasa apabila kita fail and reaksi org yg terkejut+x percaya bila aku bgtau result aku dulu. Dahla2, aku sekarang nak terus jalan ke hadapan. Silap sendiri kerana salah ambik langkah masa sem 2.

Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya kepadaku. Aku ingin berjaya dan menggembirakan kedua ibu bapaKu. Biarlah aku hidup di dunia ini hanya mengejar keredhaan Mu dan kedua ibu bapaku, bkn atas faktor lain.
Ya Allah Ya Khaliq, Kau yang membolak-balikkan hatiku, ku mohon Kau berikanlah ketetapan hati kepadaku. Buanglah jauh2 perasaan2 yg boleh mengganggu-gugat imanku Ya Allah kecuali jika benar dia ketetapan untukku. Dan ku pohon aku bukanlah penyebab iman hambaMu terjejas. Berikanlah aku matlamat yang jelas, akal dan tubuh badan yang sihat lidah yang lancar berkata-kata.

Dan kerana Facebook aku melengah2kan solat, byk cakap benda nonsense yang takda pekdah. Astaghfirullah! Sebab seterusnya ialah kadang2 gmbr kita terlepas kat facebook walaupun dah hide sume. Contohnya bila ade org tag kat kita. Seriously tak suka!

Akhir kata, facebook mmg ancaman terbesar buat diri aku. Sayonara facebook and buat kawan2 but kita still boleh connect kan?kalu dah tak ada sgt alat komunikasi, jerat sekor burung merpati or yg seangkatan dgnnya, selit mesej kat kaki die pastu hantar kat aku. Tapi aku akan reactivate jgk kott fb tuh bile ade emergency case.  Tapi aku takot jugak kalau aku ni ckp x serupa bikin. hmm biarlah benda ni berkekalan ek.WA

Wassalam : D

No comments:

Post a Comment