Salam Alaik...

Any thought, idea, opinion and story in this blog is related to the owner's point of views. Copying and editing the source of content is prohibited if it is intended to harm people(including me). Despite, if it does bring manfaat, you're freely to do so. As you wish!!Hopefully, we may cherish one another more often. Jazakaallah Khair.

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum wbt...
Rasanya dah lama tak post entry kan?
Sebenarnya saya buat blog ni sekadar suka2 je pada mulanya, tapi bila pikir2 balik blog or yang seangkatan dengannya boleh jadi satu paltform dakwah secara maya, so nak ambik peluang ni utk sama2 menyeru kebaikan dan tgglkan kemungkaran. Walaupun ilmu agama tak setebal mana dlm dada, tp dh menjdi kewajipan pada kita utk berdakwah. Kalau nk tggu ilmu plus iman btul2 mantap, bile pulak masanya nak berdakwah??Nak tunggu uban memutih di kepala?hmm?bila kulit dah mengendur?Bila tubuh dimamah usia?hmm..fikir2kanlah..

Sebenarnya, kalu tgk tjuk entry kan pasal Ramadhan, tp tdi tu intro die utk cover psl  lama tgglkn blog ni.hehe. Eh kejap aku kejap engkau. Maaf ye kalau rasa kasar.Bukan apa kalau aku-kau kan lebih santai skit.ok2 stop..

***************


Alhamdulillah Ramadhan menjelma lagi.
Syukur kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan ya'ni bulan penuh keberkatan. Bulan yang mana pahala ibadah dilipatgandakan, bulan di mana Allah menjanjikan keampunan buat hambanya yg benar2 mengabdikan diri kepada Allah.

Buat hambaNya yang menghidupkan malam dengan ibadah di saat yang lain terkulai lena di selimuti hening malam, malaikat2 mendoakan keampunan ke atas mu. Buat  hambaNya yang membasahkan bibir dengan zikrullah. seluruh alam memohon rahmat ke atas mu. Buat HambaNya yang apabila tiba waktu siang, dia Bekerja bersungguh2 kerana kerja itu ibadah, percayalah Allah sentiasa bersamamu .Buat hambaNya yang berjuang menahan lapar dan dahaga dan menjaga pahala puasanya. Allah menjanjikan rezeki berpanjangan kepadamu...
Maha Suci Allah, Kau letakkan lah mereka ini di bawah lembayung RahmatMu.

Namun....

Ya Allah Ya Khaliq...
Aku sedar betapa kecilnya diriku berbanding mereka Ya Allah...
Namun, Kau telah mengajar ku bahawa jangan berasa hina sesama manusia...Tapi
Ya Allah Kau juga berfirman bahawa tingginya darjat manusia itu bergantung tingginya iman dan takwanya.
Jadi bolehkah hambaMu ini berasa hina dan kerdil di hadapan mereka???

Bantulah aku bermujahadah memperdalami Islam. Bukakanlah pintu hati ku akan petunjukMu.
Jauh di dalam hati ku terkumpul perasaan yg membuak2 utk menjadi golongan yang Kau sucikan itu Ya Allah.
Ya Allah, aku bersyukur ya Allah kerana terpilih di kurniakan hidayah Islam tanpa perlu menitiskan setitis darah, keringat hatta harta...Alhamdulillah..

Pintaku Ramadhan kali ini tidak seperti Ramadhan2 ku sebelum ini.
Ramadhan kali ini ku pohon utk aku manfaatkan dan memperbanyakkan ibadah kepada mu Ya Allah. Ramadhan kali ini memberi peluang kepada ku untuk mengumpul pahala menampung dosa2 ku yang bertimbun Ya Allah.

Empat hari telah berlalu, Ramadhan ku masih belum dimanfaatkan seoptimum mungkin.
lagi terkilan  apabila terpaksa mengorbankan solat tarawih berjemaah di masjid disebabkan kuliah pada waktu malam.Setiap hari Selasa Rabu dan Khamis. Miss 3 malam..T-T

Namun ku harap ini jangan tinggal doa.Usaha, mujahadah plus tawakal perlu berjalan seiring. mudah-mudahan.InsyaAllah. Dan ku doakan kita sama2 diberi kesempatan dn keupayaan unutk melakukan ibadah berterusan bukan hanya di bulan Ramadhan tetpi juga di bulan2 lain(seluruh hidup kita ^_^) WA.JazakaAllah Khair.

No comments:

Post a Comment